Atondra meninggal dunia - Utusan Malaysia

Atondra meninggal dunia

ALLAHYARHAM Mohd. Nordin Abdul Rahman atau Atondra
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tokoh dalam penulisan drama televisyen dan radio, Datuk Dr. Mohd. Nordin Abdul Rahman meninggal dunia pada usia 83 tahun.

Allahyarham difahamkan meninggal dunia di kediamannya yang di Kelana Jaya dan dibawa ke surau untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan.

Allahyarham yang juga dikenali sebagai Atondra sinonim dengan Drama Minggu Ini terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Kerana minatnya yang begitu mendalam terhadap bidang penulisan, Atondra bersama-sama beberapa penulis lain menubuhkan Persatuan Kebajikan Penulis Muda Selangor.

Beliau bukan sahaja terlibat dalam bidang penulisan dan penyuntingan skrip drama TV tetapi juga menulis skrip drama radio, cerpen dan puisi.

Karya-karya beliau diterbitkan dalam bentuk antologi, antaranya Arafah (1985), Kumpulan Cerpen Tiga Dekad Atondra (1970-1999) : Sebuah Wilayah Bernama Kuala Lumpur (2014) dan Kumpulan Puisi Piruzah (2019).

Jasa Allahyarham tidak dilupakan apabila menerima Anugerah Perdana Munsyi Abdullah ketika majlis Anugerah Buku Negara 2015. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.