Anggota polis cedera di leher terkena tali tangsi rintang jalan - Utusan Malaysia

Anggota polis cedera di leher terkena tali tangsi rintang jalan

SEORANG anggota polis cedera pada bahagian leher selepas terkena tali tangsi yang merintangi jalan dalam kejadian di Kilometer 129.6 Lebuhraya Utara-Selatan, Butterworth, Pulau Pinang Ahad lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seorang anggota polis yang menunggang motosikal cedera pada leher selepas terkena seutas tali tangsi yang merintangi jalan di Kilometer 129.6 Lebuhraya Utara-Selatan, dekat sini Ahad lalu.

Kejadian kira-kira 4.30 petang itu tular dalam dalam media sosial selepas pengguna memuat naik video dan gambar yang memaparkan rakaman selepas kejadian.

Menerusi rakaman itu, mangsa yang berusia 24 tahun mengalami luka pada bahagian leher akibat terkena tali tangsi itu ketika menunggang di lorong kiri.

Difahamkan kejadian itu berlaku ketika anggota terbabit dalam perjalanan pulang ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara di sini selepas selesai menjalankan tugasan di Hospital Bukit Mertajam.

Sementara itu Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, siasatan pihaknya mendapati kejadian terbabit tiada unsur sabotaj.

“Tali tangsi itu dipercayai terputus dari layang-layang yang tersangkut dan orang ramai diminta tidak gusar kerana siasatan polis dan pengendali lebuh raya mendapati tiada unsur khianat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN