Ahmad Nawfal dilantik Ketua Pemuda PN Johor - Utusan Malaysia

Ahmad Nawfal dilantik Ketua Pemuda PN Johor

AHMAD NAWFAL MAHFODZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Ketua Pemuda Pas Johor, Ahmad Nawfal Mahfodz dilantik sebagai Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) negeri itu berkuat kuasa semalam.

Perkara tersebut diputuskan dalam satu mesyuarat Pemuda PN Johor yang diadakan di Pejabat Pemuda Pas Negeri Johor di Simpang Renggam, Kluang. 

Pemuda PN Johor dalam satu kenyataan memberitahu, Muhd. Shamsudin Paijan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilantik sebagai Timbalan Ketua Pemuda PN Johor.

“Fauzi Che Ahmad daripada Pas pula dilantik sebagai Setiausaha manakala Mohammad Iqbar Abdul Rani (Bersatu) dilantik sebagai Bendahari dan Mohamad Azlan Alias (Pas) dilantik Ketua Penerangan.

“Mesyuarat itu turut membentuk Jawatankuasa Pemuda PN Johor yang terdiri daripada Faizal Rizal Abd Hamid; Muhamad Zulfadhli Zulkifly; Mohd. Firdaus Jaffar dan Mohamad Syafiq Mohd. Khairul Sam.

“Jawatankuasa tersebut dua orang masing-masing diwakili daripada Pas dan Bersatu,” menurut kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu lagi, mesyuarat terbabit juga membincangkan pelbagai perkara yang akan memberi fokus kepada perkhidmatan dan kebajikan kepada masyarakat.

“Dengan terbentuknya Jawatankuasa Pemuda PN Johor, segala program dan perancangan Pemuda PN Johor akan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya,” jelas kenyataan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN