Agong: Bersatu henti penularan Covid-19 - Utusan Malaysia

Agong: Bersatu henti penularan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru rakyat menghargai usaha kerajaan serta bersatu dalam menghentikan penularan wabak Covid-19 dalam negara.

Dalam satu kenyataan, Seri Paduka amat terharu dengan usaha kerajaan dalam menyediakan bekalan vaksin Covid-19 untuk rakyat Malaysia.

“Pada kesempatan ini, beta turut menzahirkan kesyukuran yang tidak terhingga atas usaha gigih kerajaan beta membawa vaksin yang bakal berupaya melindungi kita daripada bahaya Covid-19.

“Beta menyeru kepada sekalian rakyat Malaysia untuk bersama berganding bahu menunaikan tanggungjawab melindungi diri dan masyarakat menerusi program vaksinasi kebangsaan,” titah Seri Paduka.

Al-Sultan Abdullah meletakkan keyakinan berbekalkan ikhtiar serta usaha dalam program pemerkasaan komuniti dan program vaksinasi kebangsaan yang akan membangkitkan semua rakyat Malaysia untuk membina masa hadapan yang lebih gemilang.

“Marilah kita bersama-sama meneruskan agenda memerangi pandemik Covid-19 dan menunaikan kewajipan untuk melindungi negara tanah tumpahnya darah kita.

“Situasi ini telah membawa cabaran yang lebih getir kepada anggota barisan hadapan dan fasiliti kesihatan negara serta telah turut merubah falsafah kehidupan harian rakyat,” ujar Seri Paduka.

Al-Sultan Abdullah menitahkan usaha melawan pandemik ini wajar digalas menerusi kerjasama semua pihak termasuk kerajaan dengan rakyat dan juga melalui semangat setiakawan yang erat dari seluruh rakyat malaysia.

“Menerusi program ini, seluruh lapisan rakyat dan pemimpin komuniti boleh melibatkan diri dalam mengurang dan mencegah kes jangkitan Covid-19.

“Di samping itu, inisiatif yang dikenali sebagai “Agen Basmi Covid-19;” atau “A-B-C-19;” bakal menyaksikan penglibatan pelbagai entiti untuk bergabung tenaga dalam memperkasakan komuniti,” titah Seri Paduka. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN