Adham Baba, KSN selesai dos kedua vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

Adham Baba, KSN selesai dos kedua vaksin Covid-19

ADHAM Baba menerima suntikan dos kedua vaksin Covid-19 di PPV, Klinik Kesihatan Presint 18, Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba menerima suntikan dos kedua vaksin Covid-19 di pusat pemberian vaksin (PPV), Klinik Kesihatan Presint 18, Putrajaya pada pukul 1 petang tadi.

Turut bersama beliau ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Mohd. Shafiq Abdullah.

Selain mereka, turut menerima suntikan dos kedua adalah tiga orang petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan iaitu Tawfik Adnan yang bertugas sebagai pemandu; Pembantu Kesihatan Awam di Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya, Farid Md. Ithnin dan jururawat di Klinik Kesihatan Presint 11, Putrajaya, Yusniza M Yusof.

Menurut Kementerian Kesihatan, Penolong Pegawai Perubatan, Klinik Kesihatan Presint 9, Muhamad Bakhrul Ulum Mohd. Rashid bertugas sebagai vaksinator yang memberikan suntikan dos kedua itu.

“Mereka yang sudah lengkap pengambilan vaksin Covid-19 telah menerima ‘My Covid-19 Vaccination badge’ selain sijil digital menerusi aplikasi MySejahtera,” katanya menerusi Facebook.

Hari ini merupakan hari ke-22 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang bermula pada 24 Februari lalu.

Sehingga semalam, sejumlah 367,000 sudah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19.

Suntikan dos kedua vaksin Covid-19 juga diterima Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN