Adakah awak bercakap dengan Perdana Menteri sekarang? - Tok Mat - Utusan Malaysia

Adakah awak bercakap dengan Perdana Menteri sekarang? – Tok Mat

REAKSI Mohamad Hasan dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 di PWTC, Kuala Lumpur, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan hanya berseloroh ketika menjawab persoalan sama ada beliau adalah calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Beliau memberi reaksi demikian ketika ditanya wartawan dalam sidang akhbar selepas merasmikan serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

“Are you talking to him now? (Adakah bercakap dengan beliau sekarang?). Kepada media jangan tulis perkara ini, saya hanya bergurau sahaja. Kalau tulis, tiada lagi sidang media.

“Apa pun parti akan putuskan (calon PM) dan kita perlu dengar pandangan luar kerana UMNO sentiasa terbuka.

“Kita tidak mahu syok sendiri, namun penting kita mendengar pandangan orang ramai,” katanya.

Ketika ditanya sama ada beliau bertanding di kerusi Parlimen Rembau, Mohamad berkata,
beliau boleh bertanding di mana-mana sahaja.

“Saya Timbalan Presiden UMNO, boleh bertanding mana-mana dari Perlis sampai Johor,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN