Thailand masih buru 17 individu rompak kedai emas Sungai Golok

Thailand masih buru 17 individu rompak kedai emas Sungai Golok

YUTHANAM PHETMUANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT (THAILAND): Pi­hak berkuasa masih memburu 17 individu yang terlibat dengan kes rompakan sebuah kedai emas di Sungai Golok di sini, pada 5 Oktober lalu.

Ia susulan Mahkamah Wilayah Narathiwat mengeluarkan waran tangkap terhadap kesemua suspek yang disyaki terlibat dalam rompakan tersebut.

Jurucakap Pusat Operasi Ke­selamatan Dalam Negeri Wi­layah 4 (ISOC 4), Kolonel Yuthanam Phetmuang berkata, siasatan pelbagai agensi termasuk Unit Forensik Polis mengenal pasti sekurang-kurang­nya 19 individu terlibat dengan dua suspek sudah ditahan di Daerah Sungai Padi pada 9 Oktober lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Operasi besar-besaran ma­sih diteruskan bagi mengesan dan menangkap baki 17 suspek yang dipercayai melarikan diri serta bergerak aktif di kawasan sempadan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Yuthanam berkata, pihak berkuasa telah menambah 968 kamera litar tertutup (CCTV) berteknologi tinggi di beberapa daerah termasuk Tak Bai dan Waeng yang bersempadan dengan Malaysia.

Katanya, tindakan itu bertujuan meningkatkan kecekapan pengawasan dan pemantauan sempadan.

“Operasi kawalan sempadan diselaras dengan kerjasama pihak berkuasa Malaysia selain memastikan pematuhan peraturan, mencegah pemerdagangan manusia dan memerangi jenayah rentas sempadan.

“Selain itu, dalam tempoh 90 hari lalu konflik bersenjata di tiga wilayah – Narathiwat, Yala dan Pattani – menunjukkan penurunan dengan hanya 11 insiden,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×