68 kaki mahjung ditahan sepanjang Februari di Melaka - Utusan Malaysia

68 kaki mahjung ditahan sepanjang Februari di Melaka

SERAMAI 68 individu termasuk warga emas berusia 79 tahun dicekup bermain mahjung dalam Op Limau yang dijalankan sepanjang Februari di Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seramai 68 individu dicekup polis ketika sedang leka berjudi mahjung dalam serbuan Op Limau yang dijalankan secara berasingan sepanjang bulan lalu.

Kesemua 59 lelaki dan sembilan wanita berusia di antara 35 hingga 79 tahun itu ditahan dalam 11 serbuan yang dilakukan di seluruh Melaka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman berkata, tangkapan itu dilakukan sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.

“Sepanjang Op Limau bulan lalu, kita membuat 11 serbuan dan berjaya mencekup 68 individu atas kesalahan berjudi. Antara jenis perjudian popular yang dikesan digunakan suspek adalah mahjung pit dan gin rummy,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jelasnya, turut dirampas dalam serbuan itu adalah wang tunai berjumlah RM24,852 termasuk set peralatan judi.

“Siasatan dijalankan mengikut peruntukan Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana berjudi dalam bangunan.

“Jika disabitkan kesalahan, kesemua individu yang ditahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua duanya sekali,” jelasnya.

Mohd. Sukri menambah, pihaknya kini giat meneruskan operasi dan serbuan-serbuan di lokasi sasaran bagi membanteras aktiviti perjudian terutama pada musim perayaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya