PETALING JAYA: Tindakan pihak yang ingin menjatuhkan Presiden UMNO menerusi buku 30 Dalil Me ngapa Zahid Perlu Letak Jawatan Sebagai Presiden UMNO tidak akan menjejaskan parti. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ahli UMNO keseluruhannya tidak pedulikan taktik kotor tersebut malah tiada siapa yang mempeduli tentang perkara itu. Katanya, ia bukan perkara baharu kerana taktik kotor tersebut sudah dirancang sejak beberapa bulan lalu. “Dulu…










