Vaksin Covid-19: Bantuan, sagu hati jika wujud kesan sampingan - Utusan Malaysia

Vaksin Covid-19: Bantuan, sagu hati jika wujud kesan sampingan

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan telah menubuhkan satu jawatankuasa khas berkaitan vaksin Covid-19 bagi melihat kesan sampingan yang mungkin berlaku selepas program vaksinasi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia bagi menilai sekiranya berlakunya kesan sampingan yang teruk termasuk kematian untuk membolehkan tindakan susulan.

Pihaknya tidak memanggil hal tersebut sebagai pampasan seperti dilakukan beberapa negara termasuk Singapura tetapi lebih kepada sagu hati ataupun bantuan.

“Bagaimanapun pakar akan meneliti dahulu kes terbabit bagi melihat kesan sampingan terbabit sama ada kematian itu disebabkan vaksin ataupun hanya kebetulan.

“Sekiranya berlakunya kesan sampingan yang serius ataupun kematian, kita akan daftarkan kes terbabit kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan syarikat pengeluar vaksin itu untuk direkodkan serta dinilai berdasarkan data yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab sempena Sesi Libat Urus Darurat Covid-19 Siri 3/2021: Keselamatan dan Keberkesanan Vaksin Covid-19 serta Strategi Kementerian Kesihatan bagi melindungi golongan berisiko tinggi secara maya di sini hari ini.

Beliau berkata, seperti semua vaksin yang ada sebelum ini, pastinya akan berlaku kesan sampingan seperti demam, bengkak, sakit, kemerahan di mana ia adalah radang di tempat disuntik.

“Apabila kesan sampingan atau gejala sedemikian berlaku, ia adalah satu perkara yang bagus kerana badan ada tindak balas dengan vaksin sekali gus menjana antibodi,” katanya.

Jelasnya, perkara ini sama seperti apabila seseorang itu perlu menandatangani surat kebenaran pembedahan tetapi ia tidak bermakna tindakan mahkamah tidak boleh dibuat.

“Biarpun ada surat sedemikian, seseorang itu boleh ambil tindakan sekiranya adalah kematian atau komplikasi pembedahan. Bagaimanapun jika tidak dibawa mahkamah, pampasan akan diberi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.