TELUK INTAN: Anggota tentera terpaksa meredah selut dalam anak sungai ketika memasang kawat duri di sekitar kawasan asrama, kilang dan tapak binaan Central Medicare, di sini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akibat Covid-19 selama dua minggu bermula semalam. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, kerja pemasangan kawat dilakukan anggota tentera dari Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja, Kem Syed Putra, Ipoh bermula pukul 9 pagi di sekitar kawasan berkenaan yang terletak…