Surau, dua rumah terbakar - Utusan Malaysia

Surau, dua rumah terbakar

ANGGOTA bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran melibatkan sebuah surau dan dua buah rumah di Lorong 6, Kulai Besar, Kulai, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Sebuah surau dan dua rumah hangus kira-kira 80 peratus dalam kebakaran yang berlaku pada pukul 7.49 pagi tadi di Lorong 6, Kulai Besar di sini.

Kebakaran yang dipercayai bermula dari surau tersebut bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Johor memaklumkan, empat jentera termasuk sebuah Fire Rescue Team (FRT) dan jentera tangki air dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai dan BBP Bandar Baru Kulai dikejarkan ke tempat kejadian.

Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd. Khairi Zainudin berkata, kebakaran melibatkan dua rumah jenis separuh kekal dan sebuah surau.

“Dua buah rumah dan sebuah surau itu terbakar kira-kira 70 hingga 80 peratus daripada struktur keseluruhannya. Menurut saksi di tempat kejadian, kebakaran bermula dari surau dan merebak ke dua buah rumah bersebelahan.

“Seramai 24 orang anggota terlibat dalam operasi pemadaman itu dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mohd. Khairi berkata, operasi memadam kebakaran memakan masa hampir dua jam sebelum ditamatkan kira-kira pukul 10 pagi setelah keadaan terkawal. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN