Sebanyak 3,752 kes sembuh, 1,924 kes positif, 12 kematian - Utusan Malaysia

Sebanyak 3,752 kes sembuh, 1,924 kes positif, 12 kematian

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan sebanyak 3,752 kes sembuh sekali gus mengatasi 1,924 kes positif dengan 12 kematian dan lapan kluster.

Bagi kes aktif pula, yang mengalami penurunan kes sejak beberapa hari lalu iaitu, hari ini ia merekodkan sebanyak 28,837 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 205 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), iaitu 91 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Selangor masih mengekalkan negeri tertinggi kes positif apabila merekodkan sebanyak 666 kes diikuti Johor, 257 kes; Sarawak, 219 kes; Kuala Lumpur, 218 kes; Pulau Pinang, 162 kes dan Perak, 120 kes.

“Baki negeri lain merekodkan kes dua angka, Sabah, 93 kes; Negeri Sembilan, 62 kes; Kelantan, 44 kes; Melaka, 22 kes; Kedah, 29 kes; Pahang, 19 kes manakala Terengganu, enam kes; Labuan, empat kes; Putrajaya, dua kes dan Perlis, satu kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, kes kematian iaitu sembilan kes di Selangor, dua kes di Sarawak, dan satu kes di Pulau Pinang di mana kesemua kes kematian melibatkan warga tempatan.

“Kes melibatkan tujuh lelaki dan lima wanita berusia antara 52 hingga 91 tahun.

“Semua pesakit mempunyai latar belakang penyakit seperti darah tinggi, dislipidemia, gout, buah pinggang kronik, dementia, obesiti, strok, jantung, gout, dislipidemia tuberkulosis dan adrenal insufficiency,” katanya.

Mengulas mengenai lapan kluster, beliau berkata, ia melibatkan lima kluster berkaitan tempat kerja, dua kluster komuniti dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi.

Tiga di Selangor, katanya, Kluster Industri 19 melibatkan Petaling dan Gombak, sebanyak 34 kes daripada 84 individu serta Kluster SS Lapan melibatkan Klang, Kuala Selangor, dan Petaling, sebanyak 36 kes dari 600 individu dan Kluster Industri Jalan Empat melibatkan Hulu Langat, Klang, dan Sepang, seramai 193 individu telah disaring, iaitu 12 kes positif.

“Kluster Jalan Putra Silang melibatkan Kepong, Cheras, dan Lembah Pantai, Kuala Lumpur serta Bentong, Pahang, seramai 50 individu telah disaring, iaitu lapan kes manakala Kluster Tapak Indera Mahkota di Kuantan, Pahang, seramai 208 individu telah disaring, iaitu 10 kes dikesan positif.

“Dua kluster komuniti pula ialah Kluster Kampung Mak Teh di Batang Padang, Perak, seramai 150 individu telah disaring, dengan 16 kes positif manakala Kluster Jalan Ho Pin melibatkan Samarahan, Kuching, dan Serian, Sarawak, seramai 120 individu telah disaring, di mana 14 kes positif,” katanya.

Tambahnya, Kluster kumpulan berisiko tinggi iaitu Kluster Lorong Murni di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, seramai 112 individu telah disaring, dengan 21 kes dikesan positif. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya