Panjat atap selamatkan tiga ekor kucing - Utusan Malaysia

Panjat atap selamatkan tiga ekor kucing

ANGGOTA APM memanjat bumbung menggunakan tali keselamatan bagi menyelamatkan tiga ekor kucing yang terperangkap di sebuah apartment di Alor Gajah, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengambil masa kira-kira 45 minit menyelamatkan tiga ekor kucing yang terperangkap pada atap tambahan di Apartment Taman Dimensi di sini pagi semalam.

Pegawai Operasi, Bencana dan Logistik Pejabat Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Alor Gajah, Leftenan (PA) Abdul Hadi Baharom berkata, panggilan kecemasan diterima daripada pemilik kucing tersebut pada pukul 11.04 pagi.

Beliau berkata, sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi dan tiba 11 minit kemudian.

“Pasukan mengambil masa kira-kira 45 minit untuk menyelamatkan ketiga-tiga kucing yang terperangkap di dua atap tambahan di apartment tersebut.

“Ketiga-tiga kucing itu diserahkan semula kepada pemilik dalam keadaan selamat,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Prebet (PA) Ahmad Arshad Rozman, 22, berkata, pasukannya berdepan dengan cabaran apabila seekor kucing didapati terperangkap di atap tambahan di tingkat tiga.

“Pada awalnya kami menyelamatkan dua ekor kucing yang dilaporkan pemiliknya telah terperangkap di tingkat pertama pangsapuri itu.

“Bagaimanapun hasil pemeriksaan di tingkat tiga, terdapat seekor lagi yang terperangkap, jadi saya terpaksa memanjat bumbung menggunakan tali keselamatan yang diikat pada badan untuk mengambil kucing tersebut,” katanya.

Ahmad Arshad berkata, misi penyelamatan kucing menuntut kesabaran yang tinggi kerana haiwan itu mempunyai emosi yang sukar diramal dan perlu dipujuk terlebih dahulu.

“Difahamkan kucing itu disedari hilang sejak beberapa hari lalu, jadi pasukan kami tumpang gembira apabila kesemua kucing berjaya diserahkan semula kepada pemiliknya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN