Nor Azmie dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri baharu - Utusan Malaysia

Nor Azmie dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri baharu

NOR Azmie Diron yang dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pegawai Kewangan Negeri Selangor, Datuk Nor Azmie Diron dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan negeri yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan Nor Azmie menggantikan Datuk Mohd. Amin Ahmad Ahya yang bersara wajib pada 31 Mac ini.

Nor Azmie yang berkelulusan Sarjana Pengurusan Teknologi Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memulakan kerjayanya dalam perkhidmatan awam dengan pelantikan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) pada 1995.

Beliau pernah berkhidmat di beberapa kementerian dan agensi seperti Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah; Kementerian Pembangunan Usahawan serta Jabatan Perdana Menteri.

Nor Azmie pernah memegang jawatan-jawatan penting di Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor sebelum dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri Selangor pada 2019.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Nor Azmie mempunyai pengalaman luas selama 26 tahun dalam perkhidmatan awam iaitu dalam menguruskan beberapa portfolio termasuk keusahawanan, kewangan dan pengurusan sumber manusia.

“Kerajaan negeri berharap dengan pelantikan ini, beliau akan terus menyumbang khidmat bakti buat Selangor khususnya dalam merealisasikan agenda Selangor Maju Bersama.

“Malah dengan pelantikan ini diharap dapat memantapkan kelancaran pentadbiran kerajaan Selangor khususnya dalam konteks pengurusan penularan pandemik Covid-19,” katanya dalam kenyataan di sini.

Pada masa sama Amirudin turut merakamkan penghargaan terhadap Mohd. Amin atas jasa dan pengorbanannya sepanjang menjawat jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN