Murid dibenar tidak pakai uniform sekolah jika belum ada - Utusan Malaysia

Murid dibenar tidak pakai uniform sekolah jika belum ada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan membenarkan murid yang belum mempunyai pakaian seragam untuk hadir ke sekolah apabila institusi itu dibuka secara berperingkat mulai 1 Mac.

Menerusi kenyataan akhbar di sini hari ini, kelonggaran itu dengan mengambil kira keadaan semasa namun pakaian murid tersebut mestiah yang bersesuaian dan kemas serta sopan.

“Kebenaran ini hanya diberi mulai 1 Mac hingga 26 Mac depan iaitu sebelum cuti pertengahan penggal persekolahan tahun 2021 selama sembilan hari,” jelas kementerian berkenaan.

Kenyataan itu menambah, langkah kebenaran khas itu akan membolehkan semua murid kembali hadiri sekolah bagi mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka.

Kementerian tersebut ujarnya, sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik dan kelonggaran itu ekoran banyak pertanyaan daripada ibu bapa mengenai pemakaian murid.

“Untuk makluman, murid sebenarnya memang perlu berpakaian seragam seperti dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas 3/1983: Pakaian Seragam Murid Sekolah,” kata kenyataan itu.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin pada Jumaat minggu lalu mengumumkan tarikh pembukaan sekolah sesi PdP seperti biasa tetapi dilaksanakan secara berperingkat.

Pengumuman awal itu dibuat bagi membolehkan pihak sekolah melakukan persiapan dan ibu bapa merancang persediaan barangan keperluan asas murid termasuk pakaian seragam.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya