Malaysia seru peralihan kuasa secara aman, demokratik di Myanmar

Malaysia seru peralihan kuasa secara aman, demokratik di Myanmar

KETUA Tentera Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing kini menguasai pentadbiran Myanmar selepas mengisytiharkan darurat selama setahun bermula hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia menyeru tentera Myanmar dan semua pihak berkaitan untuk memberi keutamaan kepada keamanan dan keselamatan, menegakkan kedaulatan undang-undang serta menyelesaikan sebarang pertikaian keputusan pilihan raya negara itu melalui mekanisme undang-undang dan dialog secara aman.

Kementerian Luar dalam kenyataan berkata, sebagai negara jiran dan anggota ASEAN, Malaysia terus menyokong keamanan dan kestabilan demi kepentingan kemajuan dan kemakmuran semua di rantau ini termasuk di Myanmar. 

Justeru, Malaysia menegaskan sokongan kuat terhadap peralihan kuasa secara demokratik, proses perdamaian dan pembangunan ekonomi inklusif.

“Kesatuan yang dimahukan rakyat Myanmar bergantung kepada kesatuan yang dicapai dalam kalangan pemimpinnya. 

“Malaysia menyokong perbincangan lanjut di antara pemimpin Myanmar untuk mengelak akibat buruk kepada rakyat dan negara itu, terutamanya dalam tempoh sukar pandemik Covid-19 ketika ini,” katanya hari ini.

Berhubung situasi di negara berkenaan, Kementerian Luar memohon semua rakyat Malaysia di Myanmar kekal tenang, berwaspada dan terus mematuhi nasihat keselamatan daripada pihak berkuasa tempatan.

Mana-mana rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Yangon menerusi talian +959772220230 atau emel: [email protected].

Dalam laporan Agensi, Ketenteraan Myanmar mengambil alih pentadbiran kerajaan negara itu selepas Aung San Suu Kyi dan beberapa pemimpin politik ditahan awal hari ini.

‘Rampasan kuasa’ itu berlaku ketika pertikaian keputusan pilihan raya negara ini terus memuncak.

Beberapa jam selepas penahanan tersebut, tentera Myanmar mengisytiharkan darurat selama setahun.

Kini, kuasa pentadbiran kerajaan diserahkan kepada Ketua Tentera Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN