JPJ sasar kutip RM1 juta bidaan KFC - Utusan Malaysia

JPJ sasar kutip RM1 juta bidaan KFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah menyasarkan kutipan tender bidaan melebihi RM1 juta bagi siri nombor pendaftaran baharu, KFC, yang akronim bagi jenama restoran makanan segera terkenal itu akan mula dibuka 13 Februari ini.

JPJ Kedah menerusi satu kenyataan hari ini memberitahu, tender bidaan siri nombor pendaftaran akan dibuka selama lima hari hingga pukul 11.59 malam, 17 Februari 2021.

“Keputusan pemenang tender akan diumumkan dalam tempoh 24 jam selepas itu iaitu pada 18 Februari 2021.

“JPJ Kedah menyasarkan untuk memperoleh kutipan berjumlah lebih RM1 juta daripada bidaan untuk siri pendaftaran kenderaan ‘KFC’ ini,” katanya.

Sebelum ini JPJ Kedah telah berjaya memperoleh lebih RM1.2 juta bagi bidaan siri nombor pendaftaran ‘KFA’ yang akronim dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Jualan tertinggi di Kedah setakat ini adalah bagi siri pendaftaran KEN yang mencecah RM4.8 juta.

Kenyataan itu memaklumkan, bidaan bagi siri pendaftaran KFC boleh dibuat menerusi laman web sistem bidaan nombor pendaftaran kenderaan dalam talian (JPJeBid).

“Selain itu, orang ramai turut boleh membuat bidaan dengan memuat turun aplikasi JPJeBid di telefon pintar masing-masing,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya