Johor salur bantuan persekolahan RM20.5 juta - Utusan Malaysia

Johor salur bantuan persekolahan RM20.5 juta

HASNI Mohammad (tengah) menyerahkan replika cek Bantuan Awal Persekolahan Johor RM100 sebanyak RM20,500,600 kepada Shaharuddin Saari (kanan) di Pejabat Menteri Besar di Kota Iskandar, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Sempena sesi persekolahan tahun ini, kerajaan negeri menyalurkan peruntukan berjumlah RM20.5 juta bagi pelaksanaan Bantuan Awal Persekolahan kepada keluarga yang layak di seluruh negeri ini.

Pejabat Menteri Besar dalam satu kenyataan memberitahu, peruntukan itu disalurkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ).

Menurut kenyataan itu, peruntukan tersebut dijangka akan memberi manfaat kepada seramai 200,000 murid dan pelajar di Johor.

“Peruntukan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Agenda Johor Berkebajikan yang diumumkan Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad dalam Belanjawan Johor 2021 yang lalu.

“Dianggarkan lebih daripada 200,000 murid dan pelajar daripada keluarga berpendapatan antara RM3,000 hingga RM7,000 layak menerima bantuan ‘one-off’ ini sebanyak RM100 setiap seorang,” menurut kenyataan itu.

Replika cek peruntukan itu disampaikan Hasni kepada Pengarah JPNJ, Shaharuddin Saari dalam satu majlis ringkas di Pejabat Menteri Besar Johor, di sini hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani; Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri, Mazlan Bujang dan Pengurus Besar Yayasan Pelajaran Johor, Mahadon Marnin.

Sementara itu, Shaharuddin berkata, sumbangan itu akan dapat membantu meringankan beban keluarga dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak mereka.

Katanya lagi, penyerahan sumbangan itu akan ditentukan pihak sekolah mengikut kaedah sesuai, sama ada pengagihan secara tunai atau melalui pemindahan wang ke dalam akuan milik ibu bapa. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya