fbpx

25 Jun 2021, 3:38 pm

  TERKINI

Johor bakal pengeluar tenaga solar utama Asia Tenggara

SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Johor bakal menjadi pengeluar utama tenaga solar di rantau Asia Tenggara dengan pembukaan Taman Solar Sultan Ibrahim di Pengerang.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, projek bernilai RM1.4 bilion itu akan menjadi yang terbesar di Asia Tenggara.

Titah baginda, projek berkapasiti 450 megawatt (MW) adalah projek pelaburan swasta berskala besar pertama diperoleh Johor bagi tahun ini.

“Projek ini akan memberi impak kepada pembangunan ekonomi negeri dengan penawaran kerja kepada pelbagai peringkat, kerana ia juga akan menjadi sistem penyimpanan tenaga solar terbesar di rantau ini apabila beroperasi sepenuhnya menjelang 2023.

“Projek ini bukan sahaja berupa meningkatkan pertumbuhan ekonomi malah berupaya menjadikan Johor antara pengeluar penting tenaga boleh diperbaharui secara mesra alam di peringkat antarabangsa,” titah baginda dalam kenyataan di sini hari ini.

Projek berkenaan juga seiring dengan Pelan Pembangunan Mapan Johor 2030 yang mengutamakan kelestarian alam sekitar dalam pembangunan ekonomi dan kemakmuran hidup rakyat.

Sultan Ibrahim turut berkenan menyempurnakan majlis pecah tanah Taman Solar Sultan Ibrahim pada 23 Mac ini di Pengerang.

Baginda bertitah, keupayaan pengoperasian projek berkenaan secara tidak langsung akan menjadikan Johor sebagai pengeluar utama tenaga solar berskala besar yang turut menitikberatkan kelestarian serta persekitaran hijau yang lebih bersih.

“Kita bersyukur kerana Johor antara negeri diberkati dengan waktu pancaran matahari yang tinggi.

“Sudah sampai masanya, kita meneroka sumber ini untuk meningkatkan kapasiti penjanaan kuasa serta menyumbang kepada penghasilan tenaga boleh diperbaharui,” titah baginda.