fbpx

6 Mac 2021, 11:18 pm

  TERKINI

Dividen SSPN 2020 empat peratus

NORAINI AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Agihan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) di bawah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tahun 2020 adalah empat peratus.

Mengumumkan perkara itu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, agihan itu membabitkan anggaran peruntukan berjumlah RM201.3 juta yang akan memberi manfaat kepada 4.82 juta pendeposit.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan agihan dividen adalah RM856.6 juta semenjak SSPN diperkenalkan.

“Agihan ini didorong hasil pulangan bersih pelaburan yang telah dibuat atas deposit yang diterima oleh PTPTN,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Noraini berkata, tahun lepas juga menyaksikan PTPTN memperoleh keuntungan pelaburan deposit SSPN berjumlah RM237.42 juta.

“Prestasi tersebut menunjukkan peningkatan RM32.14 juta iaitu 15.7 peratus berbanding RM205.28 juta pada tahun sebelumnya.

“Kejayaan ini adalah hasil daripada kecekapan PTPTN dalam pelaksanaan kaedah pelaburan patuh syariah berjangka pendek dan panjang di pasaran wang tempatan yang melindungi prinsipal di samping memberikan pulangan atau keuntungan yang tinggi dan positif,” katanya.

Selain itu beliau berkata, deposit SSPN bagi 2020 yang berjumlah RM1.99 bilion telah mencatatkan rekod baharu tertinggi sepanjang penubuhan PTPTN.

“Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak RM623.82 juta atau 45.6 peratus berbanding RM1.37 bilion pada 2019.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan deposit SSPN sehingga 31 Disember 2020 adalah RM7.88 bilion,”katanya.

POPULAR

KOSMO! TERKINI

BERITA BERKAITAN