Beri salam sebelum samun mangsa - Utusan Malaysia

Beri salam sebelum samun mangsa

AZAHAR Hashim menunjukkan parang yang digunakan ahli Geng Apoi dalam kegiatan samun di Kulim hari ini. - UTUSAN/AZAHAR HASHIM.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Kumpulan penjenayah dikenali sebagai Geng Apoi mengguna taktik licik dengan memberi salam sebelum melakukan samun melibatkan sekurang-kurangnya 20 kes di daerah ini sejak Disember tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Azhar Hashim berkata, kegiatan geng tersebut bagaimanapun tumpas selepas polis menahan dua lelaki berusia 28 dan 30 tahun termasuk ketua kumpulan kira-kira pukul 1.30 pagi semalam.

Katanya, dua suspek itu ditahan dalam tempoh 24 jam selepas dipercayai menyamun sebuah rumah flat di Taman Jati di sini pada Isnin lepas.

“Kejadian kira-kira pukul 3.40 petang itu mengakibatkan seorang suri rumah kerugian RM5,500 selepas disamun dua lelaki memakai topeng muka,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Azhar, semasa kejadian, suri rumah berusia 33 tahun itu berada di dapur sementara anak perempuan berusia sembilan tahun berada di ruang tamu manakala lelaki berusia 15 tahun berada di dalam bilik.

“Penjenayah memberi salam dan terus menyerbu masuk sebaik sahaja pintu dibuka anak perempuan mangsa.

“Suspek bertindak meminta wang sambil mengacukan parang, bagaimanapun hanya sempat merampas telefon bimbit dan sebuah alat penapis udara selepas anak lelaki mangsa menjerit,” ujarnya.

Katanya, televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan perumahan itu berjaya merakamkan kereta Proton Waja dinaiki suspek.

“Berhubung laporan dibuat mangsa, polis terserempak dengan sebuah kereta Proton Waja berwarna perak dinaiki tiga lelaki di kawasan Kampung Keladi kira-kira pukul 1.30 pagi semalam.

“Ketika cuba ditahan, kereta itu memecut laju dan dikejar anggota polis sejauh dua kilometer sebelum mengalami kerosakan dan terbabas di tepi jalan di Kampung Kilang Sago,” katanya.

Katanya, pihaknya berjaya menahan seorang lelaki berusia 28 tahun dipercayai ketua kumpulan manakala dua lagi sempat melarikan diri.

“Kita menahan seorang lagi suspek berusia 30 tahun di sebuah kilang serta merampas beberapa senjata dan peralatan menyamun, pada hari yang sama,” jelasnya.

Tambahnya, kedua-dua suspek yang memiliki rekod lampau kes dadah dan samun disiasat mengikut Seksyen 396 Kanun Keseksaan dan sedang memburu seorang lagi suspek. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya