Banyakkan rehat sebelum terima suntikan vaksin - Noor Hisham - Utusan Malaysia

Banyakkan rehat sebelum terima suntikan vaksin – Noor Hisham

Dr. Noor Hisham Abdullah menjadi individu kedua di negara ini menerima vaksin Pfizer-BioNTech pada Program Imunisasi Covid -19 Kebangsaan di Pusat Kesihatan Daerah Putrajaya, Presint 11, di sini, hari ini. -UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kurangkan aktiviti dan banyakkan rehat.

Itu pesanan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kepada individu yang bakal menerima vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang bermula hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas selesai menerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin Covid-19, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Klinik Kesihatan Putrajaya, Presint 11, kira-kira jam 3 petang tadi.

“Mungkin anda perlu kurangkan aktiviti dan banyakkan berehat sebelum menerima vaksin Covid-19.

“Dari segi suntikan pula tiada masalah,” katanya.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, beliau juga mengingatkan kepada penerima vaksin yang berdepan sebarang komplikasi supaya dapat mengemaskini menerusi aplikasi MySejahtera.

Beliau berkata, pemberian vaksin ini sebagai permulaan untuk menamatkan penularan wabak Covid-19 di negara ini.

Noor Hisham bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama empat petugas kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) antara enam individu pertama di negara ini yang menerima vaksin Covid-19, hari ini.

Empat individu lain termasuk pegawai perubatan, Dr Tan Yee Ling; penolong pegawai perubatan, Khairul Asraf Mohd Yasin; jururawat, Sheilla Melissa Sikin dan pemandu, Clement A/L Marai Francis.

Proses vaksinasi pada hari ini akan dikendalikan dua pemvaksin KKM, Lina Ibrahim dan Mazirah Mokhtar. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN