Aeril, Wawa belum sembuh sepenuhnya - Utusan Malaysia

Aeril, Wawa belum sembuh sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beberapa kali disihir, pelakon, Wawa Zainal sehingga kini tidak tahu motif seorang individu ‘menghantar benda-benda kotor’ yang mengganggu ketenteraman dia dan suami.

Wawa berkata, dia dan suami, Aeril Zafrel yang juga seorang pelakon sudah mengetahui identiti si pelaku namun dia tidak mahu mengambil jalan pintas seperti ‘membalas’ kembali.

“Saya dan Aeril dah tahu pun siapa yang hantar benda kotor kepada kami. Cuma kami tak nak serang atau balas. Kami pun sudah maafkan. Tujuan kami mendedahkan perkara itu adalah sebagai satu peringatan.

“Jangan buat lagi perkara sebegini. Saya sendiri tidak tahu apa motif dia. Kami tidak mempunyai ramai kawan pun. Tidak tahu kenapa dia tidak berpuas hati. Sudah-sudahlah ya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Dalam satu perkongsian, Aeril mendedahkan dia dan keluarga hampir disihir apabila menemukan tiga objek misteri di sebuah lokasi yang tidak didedahkan.

Malah kongsi pelakon itu, dia dan keluarga sudah beberapa kali disantau namun hasil bantuan pengamal perubatan Islam, keadaan beransur pulih dan kurang gangguan misteri.

“Kami belum sembuh sepenuhnya sebab masih dalam rawatan. Dalam masa sama, kami pun mengamalkan zikir dan pastikan solat lima waktu sebagai pendinding. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit semuanya baik.

“Dalam dunia seni dan perniagaan, macam-macam dugaan perlu kami tempuh. Kalau ada salah dan silap, kami minta maaf. Tak puas hati atau ada masalah, boleh terus jumpa atau hubungi kami, insya-Allah kita selesaikan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya