6.41 juta jalani saringan Covid-19 - Utusan Malaysia

6.41 juta jalani saringan Covid-19

ADHAM Baba (tengah) menyerahkan sumbangan beg sekolah di Balai Raya Taman Kota Jaya, Kota Tinggi, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Lebih 6.41 juta individu telah menjalani ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (rt-PCR) dan Rapid Test Kit Antigen (RTK-Antigen) untuk mengesan jangkitan Covid-19 sehingga Jumaat lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, individu yang menjalani ujian terbabit mencatatkan pertambahan mendadak susulan para majikan mewajibkan pekerja asing melaksanakan ujian saringan Covid-19 tersebut.

“Bagi ujian RTK- Antigen, sebanyak 1.89 juta ujian saringan dijalankan sejak tahun lalu sehingga kini manakala untuk ujian RT- PCR, sebanyak 3.33 juta dibuat pada tahun lalu dan bagi tahun ini sebanyak 1.18 juta sehingga Jumaat lalu.

“Ini menunjukkan satu jumlah yang tinggi bagi kedua-dua ujian pengesanan Covid-19 dalam tempoh satu bulan lima hari yang telah dilalui sebelum ini,” katanya selepas majlis penyerahan beg sekolah di Balai Raya Taman Kota Jaya di sini hari ini.

Adham yang juga Ahli Parlimen Tenggara berkata, kerajaan memandang serius perkembangan terhadap kedua-dua ujian berkenaan bagi membolehkan tindakan susulan dilakukan terhadap mereka dijangkiti Covid-19.

“Ini kerana melalui ujian itu, kita dapat mengesan dengan cepat mereka yang dijangkiti Covid-19.

“Selepas mendapat keputusan daripada ujian yang dilakukan, langkah seterusnya akan diambil dan bagi kes bergejala mereka akan ditempatkan di hospital untuk dirawat,” katanya.

Bagaimanapun jelas beliau, kadar kesembuhan Covid-19 juga meningkat dan kerajaan yakin langkah yang dilaksanakan untuk menangani dan mengatasi pandemik itu telah dilakukan dengan baik. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya