ALOR SETAR: Seramai 1.76 juta penduduk di negeri ini akan menerima suntikan vaksin secara berperingkat bermula 28 Februari ini.
Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Mohd. Fikri Ujang berkata, jumlah tersebut meliputi vaksinasi kira-kira 80 peratus penduduk dan pekerja bukan warganegara yang berada di negeri ini melibatkan tiga fasa dalam tempoh setahun.
Menurutnya, pada masa ini, sebanyak 50,310 dos vaksin telah diperuntukkan bagi fasa pertama negeri ini yang diterima secara berperingkat.
“Sebanyak 25,155 senarai penerima vaksin yang terdiri daripada petugas kesihatan Kementerian Kesihatan dan swasta, petugas barisan hadapan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Kastam, Imigresen, Penjara, Bomba dan lain lain kategori petugas barisan hadapan yang telah dikenal pasti akan diberikan suntikan fasa pertama ini.
“Vaksinasi fasa pertama itu akan bermula dari 28 Februari sehingga April 2022,” katanya dalam satu kenyataan di sini.