Ular tedung selar 3 meter dalam reban ayam ditangkap - Utusan Malaysia

Ular tedung selar 3 meter dalam reban ayam ditangkap

ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kepala Batas berjaya menangkap seekor ular tedung selar di dalam reban ayam berdekatan sebuah rumah di Desa Puri,  Tasek Gelugor, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TASEK GELUGOR: Seekor ular tedung selar sepanjang kira-kira tiga meter berjaya ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kepala Batas dalam reban ayam berdekatan sebuah rumah di Desa Puri, di sini hari ini.

Menurut Pegawai APM Kepala Batas, Leftenan (PA) Noor Mohd. Saidi Noor Lajis, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan reptilia berbisa itu pada pukul 2.17 petang dan bergegas ke lokasi kejadian dengan kekuatan tiga anggota.

“Ketika anggota sampai, didapati seekor ular jenis tedung selar berada di dalam reban ayam.

“Berlaku sedikit kesukaran untuk menangkap ular tersebut kerana reptilia itu agak agresif, namun akhirnya berjaya ditangkap kira-kira 10 minit kemudian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Noor Mohd. Saidi, ular itu yang dianggarkan sepanjang lebih tiga meter kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya