Tiga pusat pemindahan sementara di Dungun ditutup

Tiga PPS di Dungun ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini menurun kepada 920 orang dengan penutupan kesemua tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Dungun pagi tadi. 

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman berkata, ketiga-tiga PPS yang menempatkan seramai 154 mangsa membabitkan 45 keluarga itu ditutup pada pukul 10 pagi. 

Katanya, perkembangan itu menjadikan hanya satu daerah terjejas banjir fasa kelima di negeri ini iaitu di Kemaman dengan seramai 920 mangsa. 

“Kesemua mangsa membabitkan 285 keluarga itu ditempatkan di sembilan PPS. 

“PPS itu ialah Dewan Orang Ramai Teladas, Surau Kampung Ban Ho, Sekolah Kebangsaan (SK) Lembah Jabor, Dewan Sivik Air Putih, Surau Haji Othman, Masjid Tebak Batu 16, Dewan Orang Ramai Felda Seberang Tayor, Dewan Orang Ramai Pasir Gajah dan Balai raya Padang Kemunting,” katanya kepada pemberita di sini. 

Menurut Che Adam, keadaan cuaca ketika ini hujan renyai-renyai di beberapa tempat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya