Tiada lagi kompromi langgar SOP - Utusan Malaysia

Tiada lagi kompromi langgar SOP

JAGDEEP Singh Deo (kanan) menyerahkan sumbangan pek makanan sumbangan kerajaan negeri kepada Asisten Komisioner Sofian Santong di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, Georgetown, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Tiada lagi kompromi kepada orang awam di negeri ini yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) pencegahan wabak Covid-19 di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo berkata, semua agensi penguatkuasaan telah diarahkan supaya lebih tegas menjalankan pemantauan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Dalam soal penguatkuasaan, semua agensi telah diberi arahan supaya ambil tindakan kepada mereka yang tidak patuh SOP.

“Tiada lagi kompromi memandangkan Covid-19 membabitkan isu kesihatan dan keselamatan awam,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong.

Menurut Jagdeep, pada masa ini vaksin utama kepada pencegahan Covid-19 adalah pematuhan kepada SOP pencegahan Covid-19 seperti pemakaian pelitup muka, dan dan penjarakkan fizikal.

“Kita menunggu vaksin tetapi vaksin pertama kita adalah ketegasan dalam penguatkuasaan.

“Pastikan kita patuh SOP supaya kita semua selamat serta terhindar daripada wabak berbahaya ini,” katanya.

Dalam pada itu, Jagdeep berkata, beliau bagi pihak kerajaan negeri menyerahkan 500 pek makanan terdiri daripada beras, gula dan lain-lain kepada anggota polis di IPD Timur Laut sebagai menghargai jasa mereka membantu kerajaan melawan pandemik Covid-19.

“Anggota polis telah menjalankan tugas dengan begitu baik ketika pandemik Covid-19 melanda dan sumbangan ini adalah tanda penghargaan kepada jasa mereka.

“Mereka adalah wira barisan hadapan negara dan sumbangan ini diharapkan dapat memberikan semangat kepada mereka untuk terus menjalankan tugas,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya