fbpx

Tiada arahan saman sebab tidak pakai sarung tangan

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan langsung tidak pernah mewartakan peraturan yang membolehkan individu tidak memakai sarung tangan untuk disaman pihak penguat kuasa di seluruh negara.

Perkara itu ditegaskan Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai mengulas video yang tular sejak semalam memaparkan ada didenda hanya kerana tiada sarung tangan.

“Sejurus selepas menerima video itu, saya terus hantar kepada pengurusan tertinggi polis dan mereka pun mengesahkan tiada arahan sedemikian dikeluarkan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan sendiri setakat ini tidak ada mewartakan prosedur operasi standard (SOP) yang mewajibkan pekerja premis komersial memakai sarung tangan.

Jelas beliau, apa dilaporkan itu sebenarnya hanya melibatkan kekeliruan pihak tertentu kerana memang tiada arahan kepada mana-mana balai polis untuk menyaman kes tersebut.

“Malah ibu pejabat polis turut mengakui tiada arahan berkenaan dikeluarkan selain Majlis Keselamatan Negara (MKN) pun tidak pernah membuat SOP sedemikian,” tambahnya.

Beliau bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada netizen yang berkongsi video itu dan juga melahirkan penghargaan kepada pihak polis kerana menyelesaikan isu itu dengan cepat.

Ditanya mengenai tindakan segelintir majikan cuba menyorok pekerja warga asing yang diketahui ada kes positif Covid-19, beliau menyifatkan ia sebagai tidak bertanggungjawab.

“Syarikat yang didapati sengaja sembunyi pekerja terbabit boleh didakwa kerana ia kesalahan serius di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” tegas beliau.

Pada masa sama, beliau mengingatkan majikan yang ada pekerja asing agar segera membawa individu berkenaan untuk menjalani ujian saringan wajib sebelum tindakan tegas diambil.

Ketika ditanya, ada sekolah membuat sesi bersemuka guru dengan pelajar pada sebelah malam, Ismail Sabri menjawab, beliau akan merujuk isu itu kepada Kementerian Pendidikan. – UTUSAN ONLINE

POPULAR

KOSMO! TERKINI