Sumbang kit ibadah untuk mangsa banjir di Pahang  - Utusan Malaysia

Sumbang kit ibadah untuk mangsa banjir di Pahang 

AMAR ARIZAL ALIAS (duduk, tengah) bergambar bersama peserta misi bantuan, penduduk setempat serta jemaah Masjdi Jamek Bagan Dalam sebelum berlepas ke Pahang di Butterworth, Pulau Pinang semalam. -UTUSAN/ ISWAN SHAFIQ ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Prihatin dengan nasib yang menimpa mangsa banjir di Pahang baru-baru ini, Biro Pemuda Masjid Jamek Bagan Dalam di sini dengan kerjasama jawatan kuasa masjid tersebut menganjurkan misi bantuan ke negeri terbabit. 

Ketua misi, Amar Arizal Alias berkata, misi tersebut melibatkan seramai tujuh sukarelawan dengan menyasarkan dua daerah utama yang teruk terjejas akibat banjir di negeri itu iaitu Temerloh dan Mentakab. 

Beliau yang juga Imam Muda Masjid Jamek Bagan Dalam memberitahu, pihaknya terpanggil untuk menggerakkan misi berkenaan selepas menerima jemputan khas daripada pejabat Agama Islam daerah Temerloh dan Masjid Taman Temerloh Jaya  untuk menghantar bantuan. 

“Istimewanya misi bantuan ini, kami tidak memfokuskan kepada barangan keperluan harian untuk penduduk yang terjejas. 

“Sebaliknya, kami menumpukan kepada pengagihan kit kelengkapan bantuan ibadah seperti kain pelikat, telekung, sejadah, kopiah, mushaf al-Quran, surah Yasin serta sedikit sumbangan wang tunai kepada mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam. 

Difahamkan, dua kenderaan digunakan untuk misi bantuan tersebut iaitu sebuah van dan sebuah lori untuk mengangkut barang keperluan ibadah berkenaan. 

Menurut Amar Arizal, pihaknya berharap sumbangan itu sedikit sebanyak dapat membantu dan mengurangkan beban mangsa-mangsa banjir di dua daerah terbabit. 

Dalam masa sama, beliau menyeru orang ramai termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat korporat tumpul tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang bukan sahaja berdepan ujian bencana tersebut, malah terjejas akibat pandemik Covid-19.  -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya