fbpx

Suami isteri nyaris maut langgar lubang jalan 

KEADAAN lubang jalan di Jalan Bentong-Raub berhampiran Dataran Tras yang menyebabkan sepasang suami isteri kemalangan pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Gara-gara jalan berlubang, suami isteri nyaris maut selepas motosikal dinaiki terlibat dalam kemalangan selepas terlanggar lubang di Jalan Bentong-Raub berhampiran Dataran Tras di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 7.10 pagi itu menyebabkan penunggang mostosikal Shahrizal Suhaimi, 38, retak kaki kiri manakala isterinya, Norashikin Hamzah, 34, menerima empat jahitan di bahagian siku kiri.

 

LELAKI retak kaki kiri selepas motosikal ditunggangnya terlanggar lubang jalan di Jalan Bentong-Raub berhampiran Dataran Tras di sini, hari ini.

Shahrizal berkata, semasa kejadian dia dan isterinya yang menaiki motosikal jenis Yamaha LC dalam perjalanan untuk bekerja dari Kampung Chamang di sini ke sebuah kilang di Janda Baik dekat sini.

“Apabila sampai ditempat kejadian, saya memang tidak nampak lubang berkenaan yang dan melanggar sebelum tercampak dan terseret ke tengah jalan, nasib baik tidak dilanggar kenderaan.

“Kaki saya mengalami keretakan walaupun memakai kasut but keselamatan, tidak tahulah macam mana kalau saya pakai kasut biasa,” katanya di sini hari ini.

Tambah Shahrizal, sejurus kejadian dia meletakkan kon keselamatan di lubang berkenaan selepas melihat banyak kenderaan menjadi ‘mangsa’ lubang berkenaan.

Dalam pada itu, katanya dia dan isterinya kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Bentong yang terletak berhampiran sebelum membuat laporan polis.

“Saya dan isteri kini masih berasa sakit dan berehat di rumah sebelum dikehendaki berjumpa doktor selepas seminggu,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE