Strategi subsidi minyak masak atasi impak negatif harga sawit

Strategi subsidi minyak masak atasi impak negatif harga sawit

Cap dakwa minyak masak paket di Pulau Pinang berkurangan - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Peningkatan harga minyak masak di pasaran tempatan masih lagi pada kadar yang rendah walaupun harga minyak sawit mentah telah meningkat dengan ketara.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, pihaknya prihatin dengan isu kenaikan harga minyak masak kebelakangan ini.

“Justeru, kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ada melaksanakan pelan strategi subsidi harga,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

MOHD. KHAIRUDDIN AMAN RAZALI

Kaedah ini ujar beliau, sebenarnya telah berjaya mengurangkan impak negatif akibat turun naik harga minyak sawit mentah di pasaran dunia terhadap produk minyak masak untuk pengguna tempatan.

Beliau bagaimanapun turut mengakui situasi harga minyak sawit mentah di pasaran sejagat telah melonjak secara drastik dalam tempoh antara Julai tahun lalu dan masih berterusan lagi sehingga bulan ini.

Sehubungan itu, katanya, pengguna domestik mempunyai pilihan untuk membeli produk minyak masak bersubsidi dalam paket seberat satu kilogram (kg) dikawal tetap kerajaan berharga RM2.50.

“Langkah ini bagi golongan B40 menangani isu kenaikan harga minyak masak yang berlegar dalam media sosial tetapi cuba dikaitkan dengan peningkatan harga minyak sawit mentah,” jelas Mohd. Khairuddin.

Beliau turut memaklumkan, data diterbitkan pihak Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menunjukkan ada sejuta tan minyak sawit untuk kegunaan pasaran tempatan pada ketika ini.

Ia melibatkan 0.72 juta tan untuk produk bersubsidi dalam peket plastik sekilogram, manakala baki 0.28 juta tan lagi untuk produk tiada subsidi dalam botol satu kg, lima kg dan tin 17 kg.

Pada masa sama, Malaysia juga mengeksport 24 juta tan minyak sawit mentah dan produk berasaskan sawit bernilai RM64.8 bilion pada tahun lepas meliputi dari tempoh Januari hingga November lalu.

“Harga purata minyak sawit mentah di pasaran tempatan pernah catat paras terendah pada Julai 2019 iaitu RM1,879 satu tan sebelum naik ke paras tertinggi RM3,620 satu tan pada bulan lalu,” katanya.

Mohd. Khairuddin menambah, harga minyak sawit mentah itu telah meningkat sebanyak 92.7 peratus atau RM1,741 satu tan berbanding paras paling rendah yang pernah direkodkan pada tahun 2019.

Penentuan harga itu di pasaran global jelas beliau, melibatkan faktor asas permintaan dan penawaran untuk minyak serta lelemak di samping pelbagai faktor lain yang di luar kawalan.

Peningkatan harga minyak sawit mentah ujarnya, namun telah berjaya menambah hasil kepada negara selain dapat bantu kira-kira 500,000 pekebun kecil tempatan untuk menaikkan taraf sosioekonomi.

“Kementerian berharap harga pasaran minyak sawit mentah dunia terus kekal tinggi pada tahun ini supaya rakyat mampu menikmati manfaat melalui pulangannya oleh pihak kerajaan,” kata beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya