Slot TV Pendidikan ditambah khusus untuk calon SPM - Utusan Malaysia

Slot TV Pendidikan ditambah khusus untuk calon SPM

RADZI JIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan menambah slot program TV Pendidikan dalam program DidikTV@NTV7, khusus untuk calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020.

Menterinya, Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin berkata, slot tambahan melibatkan dua jam pada hari Isnin hingga Jumaat dan lima jam pada hari Sabtu dan Ahad.

Katanya, ini menjadikan jumlah keseluruhan waktu siaran TV Pendidikan sebanyak 11 jam sehari yang disiarkan di saluran TV Okey, Astro Tutor TV dan DidikTV@NTV7.

“Sebelum ini saya pernah menyatakan bahawa Kementerian Pendidikan akan terus memperkasakan saluran TV Pendidikan dengan pendekatan yang bersesuaian. Kementerian sentiasa komited untuk melakukan yang terbaik,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, kementerian itu berkata, slot tambahan itu melibatkan dua jam pada hari Isnin hingga Jumaat mulai pukul 3 hingga 5 petang di saluran NTV7.

Selain itu, tambahan lima jam waktu siaran di saluran yang sama pada hari Sabtu dan Ahad bermula pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari dan pukul 3 hingga 5 petang.

“Kementerian Pendidikan sentiasa berusaha menambah baik pendekatan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), termasuk program TV Pendidikan,” katanya.

Menurut kementerian itu, jadual rancangan boleh didapati dengan melayari portal rasmi di www.moe.gov.my atau di media sosial rasmi Kementerian Pendidikan iaitu Facebook, Instagram dan Twitter @KemPendidikan.

Kementerian yakin Program TV Pendidikan yang disediakan itu dapat dimanfaatkan oleh murid, guru dan ibu bapa sebagai salah satu kaedah PdPR yang berkesan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya