Sajat tak mengaku tuduhan berpakaian wanita - Utusan Malaysia

Sajat tak mengaku tuduhan berpakaian wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Sajat didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam atas tuduhan berpakaian seperti wanita sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina.

Menurut sumber, lelaki itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut yang dijalankan di hadapan Hakim Syarie, Mohammad Khalid Shaee @ Shaii pada prosiding yang berlangsung pada 6 Januari lalu.

Pada tarikh tersebut, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Syarie Selangor, Atras Mohd. Zain.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Sajjad, 36, didakwa atas tuduhan berpakaian menyerupai wanita dalam majlis bacaan Yasin dan solat hajat kira-kira pukul 7.30 malam, 23 Februari 2018 di premis kecantikannya, Nursajat Beauticion, Jalan Serai Wangi G16/G, Seksyen 16, Shah Alam.

Tindakannya berpakaian seperti wanita itu telah menyebabkan agama Islam dipandang hina.

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Selepas pengakuan direkodkan, Muhammad Sajjad dibebaskan dengan jaminan RM3,000 dan kes akan disebut semula pada 23 Februari ini.

Pada 6 Januari lalu, tular dalam laman sosial video yang dibuat secara ‘live’ menunjukkan Muhammad Sajjad sedang menangis dalam keadaan bergari.

Beberapa hari kemudian, Muhammad Sajjad tampil di Instagram miliknya dan menjelaskan dirinya telah ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bersabit dengan laporan yang dibuat pada 2018.

Dia mendakwa telah mengalami kecederaan dan bengkak di badan ketika bergelut. Muhammad Sajjad juga mendedahkan bahawa dia telah membuat pembedahan menukar jantina dalam paparan yang sama. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya