Remaja didakwa rogol kanak-kanak 12 tahun - Utusan Malaysia

Remaja didakwa rogol kanak-kanak 12 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Merogol kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.

Demikian tuduhan dihadapi seorang remaja yang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan tersebut hari ini.

Tertuduh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang ketika kejadian itu berusia 15 tahun didakwa merogol mangsa berusia 12 tahun empat bulan di sebuah bilik di pusat tahfiz yang sudah tidak beroperasi di Pasir Tumbuh kira-kira pukul 3.30 pagi, 12 Jun tahun lalu.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Memandangkan tertuduh masih di bawah umur, hukuman tertakluk mengikut Seksyen 91 Akta Kanak-kanak 2001.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Shahril Ramli manakala remaja berkenaan diwakili peguam Nik Mohd. Nashriq Mohd Nazman.

Terdahulu, Muhammad Shahril mencadangkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin ditetapkan terhadap tertuduh namun Nik Mohd. Nashriq memohon jaminan yang minimum kerana anak guamnya masih bersekolah.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh 25 Februari depan untuk sebutan semula kes serta serahan dokumen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.