RBO@KPLB bantu pasar 300 produk tempatan secara percuma

RBO@KPLB bantu pasar 300 produk tempatan secara percuma

ABD. Latif Ahmad melihat produk tempatan sewaktu melancarkan program RBO di Anggerik Mall Shah Alam, Selangor pada hari ini. - FOTO/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebanyak 300 produk tempatan yang dipasarkan secara percuma dalam Rural Business Outlet (RBO@KPLB) sejak memulakan operasi 2 November tahun lalu.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad berkata, kesemua produk tersebut dimiliki oleh 131 usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan seluruh negara yang dinaungi oleh agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

“Terdapat sebuah pasar raya milik sebuah syarikat daripada Korea Selatan di Bukit Kiara hanya memasarkan produk usahawan IKS negara tersebut.

“Melihat model perniagaan pasar raya ini, tercetus idea untuk KPLB menubuhkan RBO@KPLB bagi memasarkan produk usahawan tempatan daripada luar bandar,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan RBO di Anggerik Mall, di sini hari ini.

Menurutnya, produk yang dijual di dalam outlet tersebut merangkumi produk makanan, fesyen dan kraftangan.

Abd. Latiff berkata, kerajaan merancang untuk membuka sebuah RBO di Johor Bahru pada tahun ini bagi membantu lebih banyak usahawan IKS memasarkan produk mereka.

Sementara itu, seorang peniaga kerepek, Edy Faizullah Jamil berkata, sebanyak 500 balang kerepeknya yang dipasarkan dalam outlet berkenaan telah habis dijual dalam tempoh dua bulan.

“Pihak RBO@KPLB telah meminta saya untuk menambah lebih banyak stok kerepek di dalam outlet mereka.

“Bagi saya, program ini membantu banyak peniaga memasarkan produk mereka tanpa dikenakan sebarang bayaran,” menurutnya. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.