Rakyat Malaysia lemas di New Zealand - Utusan Malaysia

Rakyat Malaysia lemas di New Zealand

MUHAMMAD EHSAN ZAKARIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bekas pelajar tajaan Majlis Amanah Raya (Mara) meninggal dunia selepas lemas ketika beriadah di Pinders Pond, Roxburgh, New Zealand, petang semalam.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia Wellington dalam satu kenyataan berkata, Muhammad Ehsan Zakaria, 24, bekas pelajar tajaan Mara di Auckland disahkan meninggal dunia selepas beriadah bersama rakan-rakannya, semalam, pukul 7.30 petang waktu tempatan.

“Mayat mangsa dipindahkan ke Hospital Dunedin untuk dibedah siasat. 

“Keluarga mangsa sudah dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa mangsa dan pihak Suruhanjaya Tinggi akan menghulurkan bantuan konsulor yang sewajarnya kepada pihak keluarga mangsa,” katanya, hari ini. 

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada ahli keluarga dan rakan-rakan mangsa. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya