fbpx

Polis tahan Datuk pukul lelaki di restoran

Fadzil Ahmat
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lelaki bergelar Datuk dan rakannya yang dipercayai memukul pemuda di sebuah restoran di Persiaran Tropicana kelmarin ditahan di Mutiara Damansara, di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmad berkata, tangkapan terhadap lelaki bergelar Datuk berusia 42 tahun dan rakannya, 39 tahun itu dilakukan pada pukul 3.40 petang tadi.

“Siasatan awal mendapati suspek pertama mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan ugutan jenayah dan mendatangkan bencana pada tahun 2019.

“Permohonan reman akan dibuat untuk siasatan lanjut terhadap kedua-dua suspek. Kita akan mengenal pasti latar belakang serta aktiviti mereka sama ada terlibat dalam kongsi gelap dan sebagainya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 8.30 malam itu, suspek memasuki restoran stimbot dalam keadaan mabuk, lalu dikatakan telah meninggikan suaranya sebelum ditegur mangsa yang duduk di meja bersebelahan.

Video berdurasi 50 saat itu yang tular dalam media sosial menunjukkan suspek menampar mangsa sebelum beredar dari restoran itu.-UTUSAN ONLINE