PN Johor lantik Pesuruhjaya Pas sebagai Naib Pengerusi

PN Johor lantik Pesuruhjaya Pas sebagai Naib Pengerusi

ABDULLAH HUSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Perikatan Nasional (PN) Negeri Johor melantik Pesuruhjaya Pas negeri, Abdullah Husin sebagai Naib Pengerusi PN negeri itu menerusi mesyuarat sulung gabungan itu hari ini.

Setiausaha Badan Perhubungan PN negeri, Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata, mesyuarat tersebut yang diadakan secara maya dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi PN Johor.

Menurut beliau, selain membincangkan soal pembentukan jawatankuasa utama PN, fokus utama mesyuarat tersebut lebih tertumpu kepada hal berkaitan kebajikan rakyat Johor. 

“Apatah lagi dalam keadaan negara sedang dilanda Covid-19 dan Johor antara yang terkesan dengan bencana banjir. Justeru, Perdana Menteri menegaskan kepada semua pimpinan PN Negeri agar terus fokus dalam membantu rakyat,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Sahruddin yang juga bekas Menteri Besar memaklumkan, Timbalan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, Senator Md. Nasir Hashim turut dilantik sebagai Naib Pengerusi PN Johor.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad yang juga Ahli Parlimen Mersing dilantik sebagai Bendahari dan Pengarah Pilihan Raya, manakala Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Khairul Faizi Ahmad Kamil sebagai Ketua Penerangan.

Seorang lagi bekas Menteri Besar, Datuk Osman Sapian dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) bersama-sama Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Solihan Badri.

Turut dilantik sebagai AJK PN Johor ialah AJK Kerja Pas Pusat, Prof. Madya Dr. Mohd. Mazri Yahya; Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Roslan Nikmat dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Pasir, Kapten (B) Najib Lep. 

Ketua Dewan Pemuda Pas Johor, Ahmad Nawfal Mahfodz dan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Azlinda Abdul Latif masing-masing mengetuai sayap Pemuda dan Wanita PN Johor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya