PM minta IRDA teroka pertanian moden - Utusan Malaysia

PM minta IRDA teroka pertanian moden

MUHYIDDIN Yassin (kanan) ketika menyertai Mesyuarat Ahli Pihak Berkuasa IRDA yang diadakan secara dalam talian bersama Hasni dan Ismail di Iskandar Puteri, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) meneroka peluang-peluang baharu yang terbuka luas dalam pertanian moden agar menjadi penyumbang utama dalam agenda keselamatan makanan negara.

Perdana Menteri berkata, langkah tersebut juga secara tidak langsung mampu menjadikan negeri Johor khususnya sebagai sebuah negeri pengeluar makanan utama dan terbesar di negara ini.

“Dengan wujudnya kawasan yang luas dan minat lebih banyak pelabur untuk melebarkan aktiviti mereka di koridor ekonomi ini serta usaha-usaha pelbagai agensi dan kementerian berkaitan yang dapat diselaraskan dengan baik.

“Pelaksanaan program pertanian moden berupaya meletakkan negeri Johor sebagai pengeluar makanan utama dan terbesar di negara ini selaras dengan potensi besar yang dimiliki koridor ekonomi ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan IRDA di sini, hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin yang juga Pengerusi Bersama IRDA menyertai Mesyuarat Ahli Pihak Berkuasa IRDA yang diadakan secara dalam talian bersama Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad dan Ketua Eksekutif IRDA, Datuk Ismail Ibrahim.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah melaksanakan banyak inisiatif bagi menangani pelbagai isu membabitkan keperluan asas rakyat dan sektor perniagaan kecil untuk meneruskan kelangsungan ketika berdepan keadaan sukar ketika ini.

“Saya rasa gembira apabila Iskandar Malaysia telah mengambil usaha-usaha ke hadapan dengan memperkukuh tumpuannya terhadap inisiatif berimpak tinggi yang bukan sahaja menyokong kelangsungan hidup, malah secara berterusan melonjakkan ekonomi bagi melindungi kehidupan rakyat secara keseluruhan.

Pihak berkuasa itu sebelum ini menggariskan gelembung perjalanan, infrastruktur fizikal dan perkhidmatan serta inisiatif melatih semula bakat sebagai sebahagian daripada program utama bagi membantu pemulihan ekonomi negara yang terkesan daripada penularan wabak pandemik Covid-19.

Dalam pada itu, Hasni yang juga Pengerusi Bersama IRDA berkata, kerajaan negeri juga mahu melihat ekonomi dan seluruh rakyat di negeri ini dapat dibangunkan semula dengan segera daripada kesan penularan wabak pandemik Covid-19. 

“Dengan pelbagai inisiatif Iskandar Malaysia, kami berharap ekonomi tempatan akan menerima kesan lonjakan yang sewajarnya hasil daripada pertumbuhan perniagaan dan lebih ramai tenaga kerja tempatan berbakat,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya