PKPD di lokaliti di Johor, N. Sembilan tamat - Utusan Malaysia

PKPD di lokaliti di Johor, N. Sembilan tamat

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokaliti berbeza di daerah Johor Bahru, Johor dan Jelebu, Negeri Sembilan ditamatkan hari ini.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antaranya Pusat Koreksional Johor dan Kuarters Kakitangan di Batu 19, Jalan Ulu Choh-Pontian, Johor Bahru.

“Kementerian Kesihatan mengesahkan kes di lokaliti ini menunjukkan trend penurunan serta terkawal dengan kes terakhir ialah pada 13 Januari lalu,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Sehingga kini ujar beliau, pihak kementerian selesai melaksanakan 1,402 ujian saringan dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,015 disahkan sebagai positif Covid-19 direkodkan.\\

Justeru beliau menambah, atas nasihat dan penilaian risiko oleh kementerian berkenaan, kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di lokaliti ini pada tarikh seperti yang dijadualkan.

Turut ditamatkan mengikut jadual ialah PKPD di Asrama Pekerja Westlite 1 dan Westlite 2, Senai, Johor Bahru, dengan baki 23 kes aktif di lokaliti itu tamat tempoh isolasi semalam..

“Kementerian sehingga kini melaksanakan 1,978 ujian saringan dengan 692 kes positif namun pelaporan menunjukkan trend penurunan dan tiada lagi sampel tunggu keputusan,” katanya.

Ismail Sabri memaklumkan PKPD juga ditamatkan di Penjara Jelebu dan Kuarters Kakitangan institusi berkenaan yang dijadual berakhir hari ini setelah berlaku trend penurunan.

Malah katanya, daripada 2,775 ujian saringan dilakukan kementerian itu, sebanyak 908 kes positif dikesan dan tiada penularan dalam kalangan anggota keluarga kakitangan di kuarters.

Bagaimanapun ujarnya, atas nasihat dan penilaian risiko oleh kementerian itu, PKPD di Blok Transit atau Blok Muhasabah perlu dilanjutkan lagi selama 14 hari sehingga 7 Februari depan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.