fbpx

3 Disember 2021, 3:52 pm

  TERKINI

PKPB : Tiada penubuhan cawangan baharu Bersatu di Kedah

Mohd. Suhaimi Abdullah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kedah mendakwa tiada penubuhan cawangan baharu parti itu pada sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini yang berkuat kuasa selama 14 hari bermula 13 Januari lalu.

Ketua Badan Pimpinan Bersatu Kedah, Datuk Mohd. Suhaimi Abdullah berkata, beliau sebelum ini telah mengeluarkan arahan sebarang majlis dan aktiviti parti itu tidak dibenarkan diadakan dalam tempoh PKPB di negeri ini.

Sehubungan itu, menurutnya, beliau menolak dakwaan Bersatu membuka cawangan baharu di Ambangan Height, Sungai Petani baru-baru ini iaitu ketika PKPB seperti yang tersebar di media sosial hari ini.  

“Saya difahamkan majlis itu bukan pembukaan dan penubuhan cawangan baharu Bersatu sebaliknya pertemuan biasa secara tidak rasmi dan hanya berbincang berkaitan penaja cawangan tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status yang dimuat naik dalam akaun Facebook Bersatu Bahagian Merbok mengenai pembukaan dan penubuhan Bersatu Cawangan Ambangan Height, Sungai Petani pada 17 Januari lalu.

Status tersebut telah menerima kecaman daripada netizen yang mempertikaikan  penganjuran majlis tersebut ketika penguatkuasaan PKPB dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Mohd. Suhaimi berkata, Bersatu Kedah juga menghentikan sementara kempen keahlian Bersatu di seluruh negeri ini sepanjang PKPB ini.

“Bagaimanapun sekiranya ada juga majlis dan perhimpunan membabitkan Bersatu di negeri ini pada PKPB ini, mungkin itu di luar pengetahuan saya,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

POPULAR

KOSMO! TERKINI