Peranan PPK bantu kurang pengaruh orang tengah

Peranan PPK bantu kurang pengaruh orang tengah

RONALD Kiandee (kiri) diberi taklimat oleh usahawan cili, Norhashim Kamisan (kanan) mengenai sistem pengurusan cili menggunakan teknologi e-satelit di Kuala Langat, Selangor hari ini. - FOTO/FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) disarankan untuk memainkan peranan dan bergerak lebih aktif untuk mengurangkan pengaruh orang tengah.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, pihaknya mengakui wujud ‘orang tengah’ dalam sektor pertanian, perikanan dan penghantaran baja dan sawah padi.

“PPK seharusnya memainkan peranan lebih aktif untuk membantu petani yang menjadi ahli dalam persatuan masing-masing. Sekiranya ahli aktif dalam rangkaian PPK, secara tidak langsung dapat mengurangkan peranan dan pengaruh orang tengah.

“Contohnya di PPK Kuala Langat yang merupakan pusat pengumpulan hasil pertanian sebelum dipasarkan di pasar raya dan pasar borong di Kuala Lumpur. PPK ini dikendalikan oleh kakitangan dan dibuka setiap hari sekali gus membuatkan mereka berkeupayaan mempunyai kewangan yang kukuh.

“Oleh demikian, setiap PPK perlu bergerak aktif dan berusaha mengurangkan pengaruh orang tengah dalam sektor pertanian,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan Lawatan Kerja di Pusat Pengumpulan Hasil Ladang (PPHL) di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat, di sini hari ini.

Terdapat 294 PPK di seluruh negara yang mengendalikan Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian (PPHP) dan bertindak sebagai pusat pengumpulan hasil keluaran pertanian dan platform bagi ahli-ahli peladang menyelesaikan masalah yang dihadapi berkaitan pemasaran. 

PPHP berperanan membantu petani memasarkan dan menjual sendiri produk mereka terus kepada pengguna dengan menyediakan perkhidmatan kutipan hasil-hasil pertanian terus dari ladang atau kampung-kampung dengan menggunakan pengangkutan PPK. 

Malah, PPHP berfungsi dalam mengurangkan penglibatan orang tengah yang menguasai 10 hingga 30 peratus pulangan dan menjamin kecukupan bekalan dan pengedaran agromakanan selain membantu meluaskan pasaran produk makanan ke pasar raya. 

Dalam pada itu, mengulas mengenai kenaikan harga barangan pertanian, Kiandee berkata, perkara itu berlaku kerana sumber bahan tersebut diimport dan harganya tertakluk kepada pasaran dunia.

“Sebagai contoh bagi jagung yang diimport untuk tujuan membuat makanan haiwan yang mana harganya sedang meningkat dan turut memberi kesan kepada industri penternakan ayam dan lembu.

“Bagaimanapun, semuanya masih terkawal dan kita bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang memantau perkara ini,” ujarnya.

Tambahnya lagi, sepanjang sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tiada masalah berhubung penghantaran makanan untuk keperluan harian.

“Tiada sekatan untuk penghantaran makanan kerana sektor perkhidmatan dibenarkan beroperasi sepanjang PKP. Malah, kita akan memastikan semua bahan makanan sentiasa mencukupi sepanjang PKP,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya