Penjara Taiping, Kuarters pula dikenakan PKPD - Utusan Malaysia

Penjara Taiping, Kuarters pula dikenakan PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Selepas Penjara Bentong di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) hari ini, sebuah lagi penjara turut menerima perintah serupa esok.

Penjara Taiping dan kuarters kakitangan di Perak dilaksanakan PKDP selama 14 hari susulan peningkatan kes positif Covid-19 secara mendadak di situ.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga 23 Januari, sebanyak 43 kes direkodkan melibatkan 40 tahanan dan tiga kakitangan penjara tersebut.

“Pelaksanaan PKPD ini bagi memudahkan Kementerian Kesihatan melakukan saringan secara bersasar dan memastikan tiada jangkitan dalam komuniti,” katanya melalui kenyataan.

Prosedur Operasi Standard (SOP) di lokaliti ini sama seperti yang diumumkan di tempat lain termasuk tiada lagi pergerakan keluar masuk dan sesi lawatan oleh ahli keluarga banduan.

Dalam pada itu, jelas Ismail Sabri, seramai 5,297 pekerja asing menjalani saringan semalam dan daripada jumlah berkenaan, 55 individu disahkan positif wabak Covid-19.

“Secara kumulatif, sejak 1 Disember lalu, sejumlah 210,613 pekerja asing sudah melakukan ujian wajib kelolaan Kementerian Sumber Manusia itu melibatkan 8,096 majikan,” katanya.

Daripada keseluruhan jumlah itu katanya, sebanyak 4,151 pekerja asing didapati positif pandemik tersebut manakala 861 klinik terlibat dalam program saringan berkenaan.

Ia selari arahan kerajaan untuk semua pekerja asing di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Sabah, Kuala Lumpur dan Labuan dengan kos ujian ditanggung majikan terbabit.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.