Pengajian di maahad tahfiz berjalan ikut jadual - Utusan Malaysia

Pengajian di maahad tahfiz berjalan ikut jadual

PELAJAR-pelajar maahd tahfiz menjalani pengajian seperti biasa dengan SOP ketat sepanjang PKP di Maahad Tahfiz Vokasional Aman Bestari di Wang Tepus, Jitra, Kubang Pasu. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak menghalang pengajian di maahad tahfiz dijalankan secara bersemuka mengikut jadual.

Pengerusi Maahad Tahfiz Vokasional Aman Bestari (MTVAB), Mohd. Asri Yunus berkata, pihaknya sentiasa memastikan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dipatuhi sepanjang pengajian.

“MTVAB mempunyai tujuh cawangan termasuk di Kedah yang beroperasi sepenuhnya termasuk ketika PKP ini tetapi dengan SOP yang lebih ketat.

“Antaranya, kita tidak benarkan penghuni keluar sama sekali dari pusat ini sepanjang tempoh PKP. Pekerja termasuk tenaga pengajar di situ diarah untuk mematuhi  SOP dan orang luar memang tidak boleh masuk ke pusat ini langsung,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, setakat ini terdapat 80 pelajar berkenaan yang ditempatkan di maahad tahfiz seluruh negara.

“Kebanyakan mereka menjalani latihan dalam kerja jadi semasa PKP ini mereka akan dilatih tubi. 

“Sememangnya banyak kekangan ketika Covid-19 ini dan ibu bapa mungkin risau tetapi kita sentiasa pastikan maahad tahfiz ini bebas Covid-19,”  katanya.

Mohd. Asri menjelaskan, maahad tahfiz merupakan model pendidikan Islam yang berteraskan penghunian di asrama sepenuhnya dalam kalangan pelajar sekali gus memudahkan usaha mengekang jangkitan.

“Ini model terbaik untuk pastikan pengajian pelajar tidak terbantut, namun usaha ini perlu dilaksanakan sebaik mungkin,” katanya.

Sementara itu, menurut Mudir MYVAB Kedah di Wang Tepus di sini, Megat Saiful Adam Hazimi, penerapan norma baharu di maahad tahfiz tersebut dilakukan sepanjang masa sejak Covid-19 melanda.

“Tetapi sepanjang PKP ini, SOP lebih ketat daripada mereka bangun tidur, ke kelas, makan dan sebagainya. Orang luar memang dilarang melawat termasuk keluarga mereka.

“Kini terdapat 24 penghuni yang menjalani pengajian agama dan vokasional di sini,” katanya.

Sementara itu, menurut Pengetua Maahad Darul Mustafa di Pendang, Shuzaimee Aidy Samsudin, maahad tahfiz tersebut beroperasi sepenuhnya dengan 50 penghuni demi memastikan pengajian pelajar tidak terganggu.

“SOP memang ketat dan memandangkan semua pelajar tinggal di asrama lebih mudah mengawal mereka,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.