Pendakwah ditegur jangan pertikai kuasa sultan - Ismail

Pendakwah ditegur jangan pertikai kuasa sultan

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tindakan segelintir penceramah yang cuba menyalahkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam isu berkaitan hal ehwal agama Islam dipandang serius oleh kerajaan.

Justeru, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, segala urusan mengenai agama Islam berada di bawah naungan sultan dan raja di negeri terlibat.  

“Contoh, jika masjid hanya dibuka untuk lima orang sahaja solat berjemaah, maka keputusan itu adalah di bawah perkenan sultan negeri itu,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Beliau menambah, terdapat banyak persoalan dan kiriman video yang mempertikai isu pembukaan masjid dari pendakwah tertentu termasuk dalam kalangan pendakwah terkenal baru-baru ini.

Mereka ujar beliau, didakwa menyalahkan pihak MKN kerana kononnya sengaja mengadakan prosedur operasi standard (SOP) ketat untuk sekat pelbagai aktiviti dalam masjid dan surau.

“Kata pendakwah itu lagi, keadaan itu dikatakan amat berbeza dengan SOP terhadap pusat beli-belah dan sebagainya begitu longgar seolah-olah MKN cuba halang umat Islam daripada beribadah di rumah Allah,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, kementerian berkaitan boleh mengusulkan cadangan melalui Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia. 

“Ini untuk penelitian pihak berkuasa agama setiap negeri, namun keputusan akhir itu adalah sepenuhnya hak mutlak dan bidang kuasa di bawah naungan raja-raja sendiri,” kata beliau.

Ismail seterusnya menasihatkan pendakwah terbabit agar lebih waspada kerana dibimbangi mereka boleh dianggap sengaja mempertikaikan kuasa sultan sebagai ketua agama Islam.

Perlembagaan Persekutuan sendiri mewartakan hak sultan dalam isu itu manakala bagi tiga Wilayah Persekutuan dan empat negeri yang tiada raja, ia di bawah Yang di-Pertuan Agong.

Ditanya adakah dron boleh digunakan pihak polis bagi memantau keadaan dari udara ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ini, beliau berkata, ia terpulang kepada pihak polis.

“Mesyuarat MKN tidak menetapkan langkah boleh diambil polis bagi perketat SOP sepanjang PKP 2.0 dan terserah kepada polis bagaimana mereka bertindak,” kata Ismail Sabri lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya