Pemuda Amanah kesal pengumuman mengejut Kementerian Pendidikan - Utusan Malaysia

Pemuda Amanah kesal pengumuman mengejut Kementerian Pendidikan

HASBIE MUDA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) kesal dengan pengumuman mengejut Kementerian Pendidikan mengenai sesi persekolahan secara bersemuka bermula Rabu ini yang hanya melibatkan pelajar menduduki peperiksaan berikutan peningkatan kes Covid-19.

Pengerusi Biro Pendidikannya, Hasbie Muda berkata, pengumuman penting sebegitu tidak sepatutnya dibuat dalam masa yang begitu singkat dan di saat-saat akhir.

“Amalan kerja saat akhir ini menyusahkan ramai pihak terutama ibu bapa, guru dan murid dalam membuat persediaan.

“Trend kes Covid-19 yang semakin meningkat melebihi empat angka bukan bermula semalam dan pihak kementerian sewajarnya sudah boleh membuat unjuran lebih awal,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Kementerian Pendidikan memaklumkan semua murid sekolah rendah dan pelajar tingkatan 1 hingga 5 di sekolah menengah mengikuti pembelajaran melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) mengikut kesesuaian guru serta murid mulai tarikh sama.

Dalam pada itu, Hasbie berharap pihak kementerian dapat mencari penyelesaian terbaik berhubung isu capaian internet dan telekomunikasi yang masih di tahap rendah terutama di kawasan pedalaman di samping penyediaan kemudahan PdPR yang di luar kemampuan ibu bapa.

Katanya, bukan semua keluarga mampu menyediakan kemudahan PdPR apatah lagi seawal sekolah rendah dan menengah.

Di samping itu, Hasbie turut mencadangkan agar Kementerian Pendidikan memperbanyakkan lagi rancangan pendidikan di saluran percuma memandangkan bilangannya yang terlalu sedikit pada masa ini.

“Memandangkan masa sebahagian besar murid kini berada di rumah dan situasi semasa Covid-19 yang tidak menunjukkan tanda akan tamat dalam masa terdekat jadi wajarlah rancangan pendidikan diperbanyakkan.

“Peruntukan untuk Bahagian Sumber dan Teknologi Pembelajaran (BSTP) perlu ditambah untuk membangunkan bahan-bahan pembelajaran secara digital yang berkualiti dan menarik seiring dengan pelaksanaan PdPR di seluruh negara,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya