Pemandu treler tak ada lesen Kelas E langgar khemah SJR - Utusan Malaysia

Pemandu treler tak ada lesen Kelas E langgar khemah SJR

SEBUAH treler melanggar sebahagian struktur khemah SJR dalam kejadian di Jalan Chain Ferry, Butterworth, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seorang pemandu treler berusia 28 tahun ditahan polis selepas melanggar sebahagian struktur khemah sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Chain Ferry di sini hari ini.

Bagaimanapun kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan kepada pegawai dan anggota yang sedang bertugas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kejadian berlaku selepas treler 26 tayar itu dalam perjalanan dari sebuah kilang besi di Perai dekat sini menuju ke sebuah bengkel tayar.

Menurutnya, siasatan awal mendapati pemandu itu baru selesai menghantar muatan dari Johor Baharu, Johor sebelum menuju ke bengkel tayar berkenaan.

“Dia yang melalui SJR berkenaan tidak menggunakan laluan khas, sebaliknya melalui lorong kenderaan awam di sebelah kiri sebelum sebahagian badan treler sebelah kiri berlanggar dan bergesel dengan khemah anggota yang bertugas di SJR berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini.

Menurut Noorzainy, ekoran kejadian itu, polis menahan pemandu berkenaan yang mempunyai lapan rekod kesalahan lampau termasuk empat berkaitan dadah bagi siasatan lanjut.

“Ujian air kencing mendapati pemandu itu negatif sebarang bahan terlarang, namun dia didapati tiada lesen memandu kelas E yang sah,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya