Pemandu lori mengaku tidak bersalah persetubuhan luar tabii  - Utusan Malaysia

Pemandu lori mengaku tidak bersalah persetubuhan luar tabii 

TERTUDUH, V.Murlitharan (tengah) diiringi polis mahkamah selepas mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan termasuk melakukan persetubuhan luar tabii November tahun lalu di Mahkamah Sesyen, Shah Alam, Selangor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan termasuk melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang wanita pada November tahun lalu.

Tertuduh, V.Murlitharan, 28, membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Yang Zaimey Yang Ghazali selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang masih bujang didakwa melakukan persetubuhan luar tabii terhadap wanita berusia 20 tahun tanpa kerelaannya.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa telah melakukan rompakan terhadap mangsa dan kakaknya iaitu barang kemas cincin dan rantai beserta telefon bimbit.

Berdasarkan pertuduhan ini, tertuduh didakwa dibawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang jika sabit bersalah boleh dipenjara sehingga 14 tahun dan dikenakan denda atau sebatan.

Bagi kedua-dua pertuduhan ini, tertuduh didakwa melakukan perbuatan di kawasan parkir Stesen Komuter Batu 3, di sini pukul 11 pagi pada 4 November 2020.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Baizura Mohd. Saubian menawarkan ikat jamin RM35,000 dengan syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berhampiran, tidak dibenarkan berjumpa mangsa serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Muhammad Arif Asyraf Mohd. Khairi memohon wang jaminan dikurangkan berikutan anak guamnya baharu bekerja dan hanya berpendapatan RM1,650 sebulan.

“Selain itu, anak guam juga perlu menyara ibu bapanya yang tidak bekerja dan sepanjang siasatan tertuduh memberi kerjasama,” katanya.

Hakim Yang Zaimey kemudian menetapkan ikat jamin RM22,000 dengan seorang penjamin dan membenarkan syarat tambahan dipohon pihak pendakwaan.  Tarikh sebutan semula kes pada 2 Mac hadapan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya